Hari ini saya kongsikan info berkenaan dengan kos untuk memiliki security door @ safety door. Baru-baru ini saya bercadang untuk pasang pintu tersebut di rumah saya. Saya mencari pintu jenis Single Layer Door 5 ft x 7 ft (one & half door).
Setelah membuat survey, boleh dirumuskan 2 perkara yang perlu diambilkira dalam pemilihan kualiti iaitu bahan pintu dan kekuatan set kekunci. Bahan pintu sebahagian besar adalah daripada besi. Bagi bahagian corak pada jeriji sahaja yang berlainan iaitu daripada besi atau rock iron ataupun stainless steel. Set kekunci pula bergantung kepada pembekal yang menjual pintu tersebut.
Berikut saya sediakan rumusan survey saya di dalam bentuk jadual:
Pembekal
|
Kualiti Pintu
|
Kualiti Kekunci
|
Harga (RM)
|
Top Security Door
|
Terbaik
|
Terbaik
|
4,100 – 4,800
|
Red Rhino
|
Terbaik
|
Terbaik
|
2,900 – 3,500
|
New Edge
|
Terbaik
|
Baik
|
2,850 – 3,400
|
YSE
|
No Info
|
No Info
|
3,000 – 3,700
|
Setelah buat survey, saya telah memilih pintu jenama Red Rhino kerna syarikat berkenaan telah berikan tawaran harga yang istimewa dan ada hadiah lagi. Untuk makluman, security door ini bukanlah pintu kebal yang memberi maksud pencuri tidak dapat akses ke dalam rumah. Ianya hanya alat bagi melambatkan masa kerja jahat mereka sahaja. Ini adalah sebahagian syarikat yang membekal security door yang saya jumpa di carian google dan berkesempatan pergi ke kedai mereka. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Akhir Kalam, berbelanjalah mengikut budget anda sendiri dan kualiti tidak diketepikan. Bijak membeli, Menang mamakai.
No comments:
Post a Comment