Wednesday, 21 August 2019

Tips Pertolongan Cemas - CPR

Assalamualaikum,
Untuk post kali ini aku teringin nak berkongsi ilmu pasal pertolongan cemas - CPR. Baru-baru nie aku berkesempatan join satu kursus Pertolongan Cemas yang telah dianjurkan oleh CPR Malaysia. Kami telah diberi latihan dan tunjuk ajar oleh pengasas CPR Malaysia sendiri iaitu Tn Dr Azizul Amar Rahmat.
Sejak kebelakangan ini, telah banyak kita dengar berita pasal kes serangan jantung yang berlaku di tempat awam. Tetapi masih ramai di antara kita tidak tahu bagaimana cara membantu mangsa semasa kejadian berlaku. Untuk makluman, semasa mangsa tidak sedarkan diri, otak mampu berfungsi tanpa oksigen dan pengaliran darah hanya selama 4 minit sahaja. Jika tiada bantuan pemulihan jantung dan paru-paru bagi membekalkan oksigen dan darah ke otak dalam tempoh 4 minit ini mangsa berkemungkinan besar tidak dapat diselamatkan.
4 minit merupakan tempoh kritikal dan jika ianya berlaku hanya individu yang ada berhampiran dengan mangsa sahaja yang diharap dapat memberikan bantuan. Bagi aku ilmu ini amatlah berharga kerna jika ianya berlaku kepada keluarga kita di rumah, sekurang-kurangnya aku boleh berikan bantuan awal sebelum ambulan tiba. Atas kesedaran inilah aku ingin sangat berkongsi ilmu ini bersama kalian.
CPR adalah singkatan daripada Cardio (Jantung), Pulmonary (Paru-Paru) & Resuscitation (Pemulihan). Jadi, ianya adalah cara pemulihan proses pam darah oleh jantung dan bekalan oksigen oleh paru-paru ke otak.
Secara asasnya berikut adalah perkara-perkara yang perlu dibuat sebelum bantuan CPR dilakukan:
  1. Periksa kawasan di tempat mangsa rebah dalam keadaan selamat. Alihkan barang yang ada berdekatan mangsa
  2. Periksa mangsa sedar atau tidak. Jika tidak sedar, minta orang telefon ambulan 999 mohon bantuan
  3. Periksa mangsa bernafas atau tidak. Jika tiada pergerakan di dada mangsa, segera jalankan CPR
  4. Cari hujung tulang tengah di bahagian dada, letakkan 2 jari dan seterusnya tapak tangan di tulang tengah dada mangsa (seperti gambar di bawah)

  5. Tekan dengan menggunakan tapak tangan di tulang tengah bahagian dada dengan kiraan 30 kali (kedudukan seperti gambar di bawah)



  6. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa (seperti gambar di bawah). Berikan 2 kali hembusan
  7. Ulang step tekanan (30 kali) dan hembusan (2 kali) sehingga mangsa berikan respon @ bantuan sampai
Semua di atas boleh dirumuskan seperti gambar di bawah.


Kalian boleh melihat video di bawah berkenaan bantuan CPR dilakukan.



Mudah-mudahan post ini dapat memberi pendedahan kepada pembaca berkenaan cara CPR dilakukan.
Akhir kalam, Get trained. Save a life. You'll be glad you did.







No comments:

Post a Comment