Thursday, 7 February 2019

PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM TAHUN 2019

Assalamualaikum w.b.r,


Sempena cuti Hari Wilayah & Tahun Baru Cina nie, kami sekeluarga berkesempatan melawat ke kota Ho Chi Minh selama 5 hari 4 malam sambil shopping baju raya. Kami telahpun beli tiket flight MAS dari tahun lepas lagi dengan harga pergi balik RM400.00 seorang (termasuk makan & luggage 30kg). Tapi ada orang yang pi ke sana dapat tiket lagi murah dalam range RM200 ke RM300 seorang.


Sebelum pi ke sana Kami telah dikhabarkan bahawa Tahun Baru Cina di sana boleh dikatakan semua kedai tutup kerna Negara Vietnam isytihar cuti Rasmi Tahun Baru mengikut calendar Cina. Jadi, Kami merancang untuk focus shopping dahulu bagi 2 hari yang pertama.


Sesudah sampai di Airport sana, Kami memilih menaiki teksi untuk ke hotel. Seperti kebanyakan orang yang besa ke sana, mereka mengesyorkan teksi dari syarikat Vinasun kerna teksi mereka guna meter dan berhawa dingin juga sebagai langkah berjaga-jaga dari ditipu. Boleh dapatkan teksi ini di tiang No. 1 sebelah kiri selepas pintu keluar Arrival. Caj yang dikenakan adalah sebanyak 140,000 vnd @ dong.


Oh ya, bagi sesiapa yang bercuti di HCM dan ingin menggunakan internet, boleh saja beli simkad untuk data VINAPHONE dengan harga 100,000 vnd @ RM17.90 / 10GB. Bagi saya, tidak perlu pun beli simkad kerna wifi boleh dikatakan ada di setiap kedai dan hotel.


Berikut saya ringkaskan beberapa tips semasa bercuti ke Ho Chi Minh:


1. Hotel yang sama lorong dengan Malay street @ jalan Nguyen An Ninh:
- Than Thu Hotel
- Saigon Pink 2 Hotel
- Alagon Western Hotel
- Gia Huy Hotel
- Aluna Hotel
- Queen Central Hotel
- Hotel di area Truong Dinh
- Hotel di area Ly Tu Trong, District 1


2. Kedai untuk shopping yang disyorkan:
- kain meter, cenderamata & beg boleh survey kedai di area Malay street, Pasar Malam Ben Thanh dan Pasar Ben Thanh (boleh tawar menawar)
- tudung & telekung boleh survey kedai di area Malay street (disyorkan ke kedai Hjh Rohimah Collection, No. 36, Nguyen An Ninh)
- baju kurung, jubah & baju kurta boleh pi ke kedai Linda Wholesale di alamat 463/60/5 Le Duc Tho, Phuong 16, Quan Go Vap, Ho Chi Minh. Naik GRAB caj 105,000 dong, kalau naik teksi caj dia 170,000 dong


3. Kedai Makan di area Malay Street:
- Restoran Hjh Basiroh
- Restoran Hj Osman
- Halal Amin (recommended)
- Restoran Musakariem
- Restoran Hj Idris


4. Tour & Travel Agen di Malay Street:
- Aaminn Tour & Travel
- Bismillah Tours & Travel


5. Money Changer di awal lorong Malay Street:
- Mai Van
- Ha Tam


6. Tempat menarik untuk dilawati di Ho Chi Minh:
- Mekong River Trip (kami pilih Aaminn Tour & Travel caj 300,000 dong @ RM55)
- Chu Chi Tunnel
- Saigon Post Office
- Independence Palace (caj 30,000 dong seorang)
- War Remnants Museum
- Ho Chi Minh City Museum (caj 15,000 dong seorang)
- Historical Museum
- Ho Chi Minh City Hall
- Saigon Notre-Dame Basillica
- Masjid Musulman (sebelah Sheraton Hotel)
- Saigon Opera House
- Citadel of Saigon
- Hard Rock Café
- Golden Dragon Water Puppet Theater
- Saigon Zoo & Botanical
- Bin Thay Market


Kami hanya menggunakan matawang Dong (VND) untuk menaiki teksi, hotel, makan & beli tiket masuk semasa pi melawat. Selainnya menggunakan matawang RM terutamanya shopping kerna depa lagi suka duit RM dan saya rasa murah sikit dari guna duit dong semasa berurusan. Kadar tukaran semasa Kami di sana ialah RM1 = 5,600 vnd


Menariknya di sini khususnya di area Malay street, mereka berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Jadi semua urusan menjadi lebih mudah terutama dalam bab tawar menawar dan oder makan. Ini merupakan tempat ke lima saya pergi melancong ke luar Negara dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu tanpa rasa kekok. Tempat lain yang saya maksudkan selain Ho Chi Minh adalah Gold Coast, Makkah Madinah, Hatyai & Bali.


Serba sedikit info berkaitan Ho Chi Minh ini dahulunya dikenali sebagai Saigon. Mereka sebahagian merupakan bangsa Melayu Champa.


Akhir kalam, Melayu di serata tempat, Takkan Melayu hilang di dunia.

8 comments:

  1. terima kasih. Info yang sangat2 berguna. Minta izin untuk gunakan ye. Moga Allah berkati puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan info memberi manfaat kepada pembacanya. Aaamiiin. TQVM

      Delete
  2. Jom ke HCM – Dalat – Mui Ne 2020!!!!!! Hanya RM1500/pax termasuk flight + transport + hotel + meal + entrance fee + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking. Promosi tamat pada 31/12/19. Untuk full itinerary boleh ws 018-9581995 atau email najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete
  3. Salam pelancongan semuanya,kami PT NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Ho Chi Minh.Driver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
    Makanan yang dijamu juga enak.
    Pokoknya,kalau mahu ke Ho Chi Minh hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.
    Makasih ya empunya blog
    Facebook: melancong murah baloi
    Ig: melancong_murah_baloi

    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi  

    ReplyDelete
  4. salam.. saya akan ke saigon 24 jan-27 jan 2020
    dengar citer kedai semua tutp. termasuk restoran. betul ke

    ReplyDelete
  5. tiket n hotel dah beli..huhuhu

    ReplyDelete
  6. Ada no telefon rohimah collection tu ke?

    ReplyDelete