Sunday, 17 February 2019

Security Door @ Safety Door Tahun 2019

Assalamualaikum w.b.r


Hari ini saya kongsikan info berkenaan dengan kos untuk memiliki security door @ safety door. Baru-baru ini saya bercadang untuk pasang pintu tersebut di rumah saya. Saya mencari pintu jenis Single Layer Door 5 ft x 7 ft (one & half door).
Setelah membuat survey, boleh dirumuskan 2 perkara yang perlu diambilkira dalam pemilihan kualiti iaitu bahan pintu dan kekuatan set kekunci. Bahan pintu sebahagian besar adalah daripada besi. Bagi bahagian corak pada jeriji sahaja yang berlainan iaitu daripada besi atau rock iron ataupun stainless steel. Set kekunci pula bergantung kepada pembekal yang menjual pintu tersebut.
Berikut saya sediakan rumusan survey saya di dalam bentuk jadual:


Pembekal
Kualiti Pintu
Kualiti Kekunci
Harga (RM)
Top Security Door
Terbaik
Terbaik
4,100 – 4,800
Red Rhino
Terbaik
Terbaik
2,900 – 3,500
New Edge
Terbaik
Baik
2,850 – 3,400
YSE
No Info
No Info
3,000 – 3,700
* harga berdasarkan model Single Layer Door 5 ft x 7ft (One and Half Door)


Setelah buat survey, saya telah memilih pintu jenama Red Rhino kerna syarikat berkenaan telah berikan tawaran harga yang istimewa dan ada hadiah lagi. Untuk makluman, security door ini bukanlah pintu kebal yang memberi maksud pencuri tidak dapat akses ke dalam rumah. Ianya hanya alat bagi melambatkan masa kerja jahat mereka sahaja. Ini adalah sebahagian syarikat yang membekal security door yang saya jumpa di carian google dan berkesempatan pergi ke kedai mereka. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Akhir Kalam, berbelanjalah mengikut budget anda sendiri dan kualiti tidak diketepikan. Bijak membeli, Menang mamakai.

Thursday, 7 February 2019

PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM TAHUN 2019

Assalamualaikum w.b.r,


Sempena cuti Hari Wilayah & Tahun Baru Cina nie, kami sekeluarga berkesempatan melawat ke kota Ho Chi Minh selama 5 hari 4 malam sambil shopping baju raya. Kami telahpun beli tiket flight MAS dari tahun lepas lagi dengan harga pergi balik RM400.00 seorang (termasuk makan & luggage 30kg). Tapi ada orang yang pi ke sana dapat tiket lagi murah dalam range RM200 ke RM300 seorang.


Sebelum pi ke sana Kami telah dikhabarkan bahawa Tahun Baru Cina di sana boleh dikatakan semua kedai tutup kerna Negara Vietnam isytihar cuti Rasmi Tahun Baru mengikut calendar Cina. Jadi, Kami merancang untuk focus shopping dahulu bagi 2 hari yang pertama.


Sesudah sampai di Airport sana, Kami memilih menaiki teksi untuk ke hotel. Seperti kebanyakan orang yang besa ke sana, mereka mengesyorkan teksi dari syarikat Vinasun kerna teksi mereka guna meter dan berhawa dingin juga sebagai langkah berjaga-jaga dari ditipu. Boleh dapatkan teksi ini di tiang No. 1 sebelah kiri selepas pintu keluar Arrival. Caj yang dikenakan adalah sebanyak 140,000 vnd @ dong.


Oh ya, bagi sesiapa yang bercuti di HCM dan ingin menggunakan internet, boleh saja beli simkad untuk data VINAPHONE dengan harga 100,000 vnd @ RM17.90 / 10GB. Bagi saya, tidak perlu pun beli simkad kerna wifi boleh dikatakan ada di setiap kedai dan hotel.


Berikut saya ringkaskan beberapa tips semasa bercuti ke Ho Chi Minh:


1. Hotel yang sama lorong dengan Malay street @ jalan Nguyen An Ninh:
- Than Thu Hotel
- Saigon Pink 2 Hotel
- Alagon Western Hotel
- Gia Huy Hotel
- Aluna Hotel
- Queen Central Hotel
- Hotel di area Truong Dinh
- Hotel di area Ly Tu Trong, District 1


2. Kedai untuk shopping yang disyorkan:
- kain meter, cenderamata & beg boleh survey kedai di area Malay street, Pasar Malam Ben Thanh dan Pasar Ben Thanh (boleh tawar menawar)
- tudung & telekung boleh survey kedai di area Malay street (disyorkan ke kedai Hjh Rohimah Collection, No. 36, Nguyen An Ninh)
- baju kurung, jubah & baju kurta boleh pi ke kedai Linda Wholesale di alamat 463/60/5 Le Duc Tho, Phuong 16, Quan Go Vap, Ho Chi Minh. Naik GRAB caj 105,000 dong, kalau naik teksi caj dia 170,000 dong


3. Kedai Makan di area Malay Street:
- Restoran Hjh Basiroh
- Restoran Hj Osman
- Halal Amin (recommended)
- Restoran Musakariem
- Restoran Hj Idris


4. Tour & Travel Agen di Malay Street:
- Aaminn Tour & Travel
- Bismillah Tours & Travel


5. Money Changer di awal lorong Malay Street:
- Mai Van
- Ha Tam


6. Tempat menarik untuk dilawati di Ho Chi Minh:
- Mekong River Trip (kami pilih Aaminn Tour & Travel caj 300,000 dong @ RM55)
- Chu Chi Tunnel
- Saigon Post Office
- Independence Palace (caj 30,000 dong seorang)
- War Remnants Museum
- Ho Chi Minh City Museum (caj 15,000 dong seorang)
- Historical Museum
- Ho Chi Minh City Hall
- Saigon Notre-Dame Basillica
- Masjid Musulman (sebelah Sheraton Hotel)
- Saigon Opera House
- Citadel of Saigon
- Hard Rock Café
- Golden Dragon Water Puppet Theater
- Saigon Zoo & Botanical
- Bin Thay Market


Kami hanya menggunakan matawang Dong (VND) untuk menaiki teksi, hotel, makan & beli tiket masuk semasa pi melawat. Selainnya menggunakan matawang RM terutamanya shopping kerna depa lagi suka duit RM dan saya rasa murah sikit dari guna duit dong semasa berurusan. Kadar tukaran semasa Kami di sana ialah RM1 = 5,600 vnd


Menariknya di sini khususnya di area Malay street, mereka berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Jadi semua urusan menjadi lebih mudah terutama dalam bab tawar menawar dan oder makan. Ini merupakan tempat ke lima saya pergi melancong ke luar Negara dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu tanpa rasa kekok. Tempat lain yang saya maksudkan selain Ho Chi Minh adalah Gold Coast, Makkah Madinah, Hatyai & Bali.


Serba sedikit info berkaitan Ho Chi Minh ini dahulunya dikenali sebagai Saigon. Mereka sebahagian merupakan bangsa Melayu Champa.


Akhir kalam, Melayu di serata tempat, Takkan Melayu hilang di dunia.