Monday, 11 November 2019

Treasure Hunt Tahun 2019 di sekitar Bangi, Cyberjaya, Putra Heights & Puchong

Description: Description: Description: Description: Description: cid:image012.png@01D02E3F.2B99A010
Syukur ke Hadrat Allah kerna pada kali ini kami diberi kesempatan sekali lagi joint Terasure Hunt yang dianjurkan setiap tahun. Kira sudah masuk dalam kalendar tahunan kami dan sangat dinanti-nantikan oleh team Revolusi Turbo ini. Tahun lepas, aku telah abadikan kenangan dan soalan/jawapan bagi treasure hunt tahun 2018 di blog ini bertajuk Treasure Hunt Tahun 2018 di sekitar Cyberjaya, Nilai & Bangi. Pada kali ini pula, pertandingan telah diadakan pada 19 Oktober 2019 berlegar di kawasan sekitar Bangi, Cyberjaya, Putra Heights & Puchong. Perjalanan kali ini juga lebih jauh berbanding tahun lepas.




Inilah ahli Revolusi Turbo versi tahun 2019 yang menyertai treasure hunt pada kali ini dengan 3 ahli kekal dan seorang muka baru yang menggantikan ahli asal kerna ada komitmen lain yang tidak dapat dielakkan. Kumpulan kami adalah peserta ke-30 yang mendaftar. Tema hunt adalah "The Hunt for Red October". Soalan kebanyakan berpandukan kepada tema yang diberi.


Untuk pertandingan kali ini terbahagi kepada 5 tugasan iaitu:
Soalan Treasure - 30 soalan (60 markah)
Soalan Barang - 4 soalan (20 markah)
In-car challenge - 10 soalan (20 markah)**
Picture challenge - 1 soalan (5 markah)**
Tugasan - 2 tugasan (20 markah)


Total semua 125 markah
**tugasan baru yang mula diperkenalkan tahun ini




Jadi kita pergi ke SOALAN TREASURE



Soalan 1 sehingga 10
Soalan 1
ringkasan tempat bermula treasure hunt : APM
jawapan : APM @ Continental (Kedai Tayar)


Soalan 2
Father of Malaysian actor, singer & TV host : AYAH AC (AC Mizal)
berkaitan dengan 'light' : AYAH AC = CAHAYA
part of hunt theme locally : Red October = Oktober = Bookstore
jawapan : Cahaya Bookstore


Soalan 3
akhir ReD OctobeR : DR
utara pulau Negara jiran yang alami gegaran : North Jawa
jawapan : DR NAJWA (klinik)


Soalan 4
hunt colour : merah / red
a place where you can peek : jendela
jawapan : LAJEN (restoran)



Soalan 5
Captain (Kepala) Marko Ramius Dream : MR D
jawapan : MR. D (Hair Studio rambut)


Soalan 6
tiada apa-apa : kosong / sifar
ajar untuk berjaya : train to excel
jawapan : SAFIR train 2 excel


Soalan 7
1000 dan diolah
berada di bawah pangkal lengan : ketiak
jawapan : eTika, huruf I ada 3 bulatan di atasnya


Soalan 8
Circulation (ubah huruf) Bad air : Badaria
small business : mini market
jawapan : Badaria Mini Market


Soalan 9
faster : quick
e-hailing service : grab
jawapan : Quick Grab (kedai sebaneka)


Soalan 10
misai ke ..........? : tanglung
jawapan : Tanglung (restoran)



Soalan 11 sehingga 20
Soalan 11
jawapan : ONKING


Soalan 12
sound of gunshot : bang
eatery place : restoran
jawapan : ABANG Restoran


Soalan 13
watak hambar, tidak asli dan kebodoh-bodohan : poyo
jawapan : OYO (Hotel)


Soalan 14
produced chevrotain (deer), bird & fish : kancil, kenari & kelisa
jawapan : PERODUA


Soalan 15
Lagenda melanggar Singapura : Todak
jawapan : TODAK


Soalan 16
lawan YB dari belakang (huruf dr belakang) : BY nawal
jawapan : BY NAWAL


Soalan 17
Xing Xing & Liang Liang : Panda
jawapan : PHANDA Hardware Trading SB


Soalan 18
on board, key can be found on top left corner : ESC
jawapan : ESC @ Emery School of Coffee


Soalan 19
Cyberjaya : checkpoint
jawapan : Checkpoint @ Pusat Motivasi TeamMathics


Soalan 20
colour change (ubah huruf) : warna = ANWAR
move formard : MAJU
jawapan : ANWAR MAJU (restoran)


Soalan 21 sehingga 30
Soalan 21
tak sempat salin jawapan. maaf yaa


Soalan 22
Putra Indah : Darah
Experiment : Ujian
Jawapan : Ujian Darah @ Klinik Medipulse


Soalan 23
anjing yang setia : Hachiko
jawapan : Hachi Ko Sdn Bhd


Soalan 24
Mimpi buruk : mad dream
tetap bersih : kedai dobi
jawapan : Madre Dobi


Soalan 25
wrong (tukar huruf) INPUT: PINTU
shop : kedai
jawapan : Kedai Pintu


Soalan 26
mixed (campurkan) PAKISTAN RIB = BINAPRAKTIS
jawapan : BinaPraktis Sdn Bhd


Soalan 27
berpindah randah : Damon
tempat acara : event space
jawapan : Damon Event Space


Soalan 28
sepuluh VIOLIN diperbetulkan : X VIOLIN = LIVINOX
jawapan : LIVINOX @ GCDE Gelerie Ideal Living Solution


Soalan 29
Tok Ti : CT
hormat : Home Art
jawapan : CT Home Art Merbau Collection


Soalan 30
Sek. 44(6) ACP : derma
New Exemption Notice initially : NEN
jawapan : NEdermaN




SOALAN BARANG




Soalan 1
emas : gold
sekeping : coin
di antara hanTAR IKhlas
jawapan : Susu pekat manis kopi/teh tarik jenama Gold Coin


Soalan 2
Innovate = InLovate = Ovaltine
must contain energy 10
jawapan : Ovaltine with Energy 10


Soalan 3
Locate + g : Colgate
Redial : Darlie
jawapan : Colgate dan Darlie


Soalan 4
lihat tepi / huruf : GULA dan PRAI
jawapan : Gula Prai




In-Car challenge
Soalan 1  - Tin Kosong
Soalan 2  - Gunting Dalam Lipatan
Soalan 3  - Dalam Tangan
Soalan 4  - Itik pulang petang
Soalan 5  - Kepala ke bawah Kaki ke atas
Soalan 6  - Naik angin
Soalan 7  - Buruk siku
Soalan 8  - Orang atasan
Soalan 9  - Tengah makan putus suap
Soalan 10- Dalam pahit ada manisnya




Jadi markah keseluruhan yang diperolehi Revolusi Turbo kali ini adalah seperti berikut:
Soalan Hunt - 50
Soalan Barang - 12
In-car challenge - 12
Picture challenge - 5
Tugasan - 9
Markah Penuh - 88


Belajar daripada pengalaman yang lalu dan senantiasa memperbaiki kelemahan, itu yang dapat Kami belajar untuk pertandingan kali ini. Semoga ianya menjadi pendorong semangat bekerjasama dalam satu pasukan. Akhir kalam, yang telah berlalu itu kenangan indah, yang bertambah itu ilmu dan pengalaman, yang menanti itu kejayaan. Insyaa Allah.


Wednesday, 21 August 2019

Tips Pertolongan Cemas - CPR

Assalamualaikum,
Untuk post kali ini aku teringin nak berkongsi ilmu pasal pertolongan cemas - CPR. Baru-baru nie aku berkesempatan join satu kursus Pertolongan Cemas yang telah dianjurkan oleh CPR Malaysia. Kami telah diberi latihan dan tunjuk ajar oleh pengasas CPR Malaysia sendiri iaitu Tn Dr Azizul Amar Rahmat.
Sejak kebelakangan ini, telah banyak kita dengar berita pasal kes serangan jantung yang berlaku di tempat awam. Tetapi masih ramai di antara kita tidak tahu bagaimana cara membantu mangsa semasa kejadian berlaku. Untuk makluman, semasa mangsa tidak sedarkan diri, otak mampu berfungsi tanpa oksigen dan pengaliran darah hanya selama 4 minit sahaja. Jika tiada bantuan pemulihan jantung dan paru-paru bagi membekalkan oksigen dan darah ke otak dalam tempoh 4 minit ini mangsa berkemungkinan besar tidak dapat diselamatkan.
4 minit merupakan tempoh kritikal dan jika ianya berlaku hanya individu yang ada berhampiran dengan mangsa sahaja yang diharap dapat memberikan bantuan. Bagi aku ilmu ini amatlah berharga kerna jika ianya berlaku kepada keluarga kita di rumah, sekurang-kurangnya aku boleh berikan bantuan awal sebelum ambulan tiba. Atas kesedaran inilah aku ingin sangat berkongsi ilmu ini bersama kalian.
CPR adalah singkatan daripada Cardio (Jantung), Pulmonary (Paru-Paru) & Resuscitation (Pemulihan). Jadi, ianya adalah cara pemulihan proses pam darah oleh jantung dan bekalan oksigen oleh paru-paru ke otak.
Secara asasnya berikut adalah perkara-perkara yang perlu dibuat sebelum bantuan CPR dilakukan:
  1. Periksa kawasan di tempat mangsa rebah dalam keadaan selamat. Alihkan barang yang ada berdekatan mangsa
  2. Periksa mangsa sedar atau tidak. Jika tidak sedar, minta orang telefon ambulan 999 mohon bantuan
  3. Periksa mangsa bernafas atau tidak. Jika tiada pergerakan di dada mangsa, segera jalankan CPR
  4. Cari hujung tulang tengah di bahagian dada, letakkan 2 jari dan seterusnya tapak tangan di tulang tengah dada mangsa (seperti gambar di bawah)

  5. Tekan dengan menggunakan tapak tangan di tulang tengah bahagian dada dengan kiraan 30 kali (kedudukan seperti gambar di bawah)



  6. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa (seperti gambar di bawah). Berikan 2 kali hembusan
  7. Ulang step tekanan (30 kali) dan hembusan (2 kali) sehingga mangsa berikan respon @ bantuan sampai
Semua di atas boleh dirumuskan seperti gambar di bawah.


Kalian boleh melihat video di bawah berkenaan bantuan CPR dilakukan.



Mudah-mudahan post ini dapat memberi pendedahan kepada pembaca berkenaan cara CPR dilakukan.
Akhir kalam, Get trained. Save a life. You'll be glad you did.







Sunday, 17 February 2019

Security Door @ Safety Door Tahun 2019

Assalamualaikum w.b.r


Hari ini saya kongsikan info berkenaan dengan kos untuk memiliki security door @ safety door. Baru-baru ini saya bercadang untuk pasang pintu tersebut di rumah saya. Saya mencari pintu jenis Single Layer Door 5 ft x 7 ft (one & half door).
Setelah membuat survey, boleh dirumuskan 2 perkara yang perlu diambilkira dalam pemilihan kualiti iaitu bahan pintu dan kekuatan set kekunci. Bahan pintu sebahagian besar adalah daripada besi. Bagi bahagian corak pada jeriji sahaja yang berlainan iaitu daripada besi atau rock iron ataupun stainless steel. Set kekunci pula bergantung kepada pembekal yang menjual pintu tersebut.
Berikut saya sediakan rumusan survey saya di dalam bentuk jadual:


Pembekal
Kualiti Pintu
Kualiti Kekunci
Harga (RM)
Top Security Door
Terbaik
Terbaik
4,100 – 4,800
Red Rhino
Terbaik
Terbaik
2,900 – 3,500
New Edge
Terbaik
Baik
2,850 – 3,400
YSE
No Info
No Info
3,000 – 3,700
* harga berdasarkan model Single Layer Door 5 ft x 7ft (One and Half Door)


Setelah buat survey, saya telah memilih pintu jenama Red Rhino kerna syarikat berkenaan telah berikan tawaran harga yang istimewa dan ada hadiah lagi. Untuk makluman, security door ini bukanlah pintu kebal yang memberi maksud pencuri tidak dapat akses ke dalam rumah. Ianya hanya alat bagi melambatkan masa kerja jahat mereka sahaja. Ini adalah sebahagian syarikat yang membekal security door yang saya jumpa di carian google dan berkesempatan pergi ke kedai mereka. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Akhir Kalam, berbelanjalah mengikut budget anda sendiri dan kualiti tidak diketepikan. Bijak membeli, Menang mamakai.