Monday, 29 August 2016

Sukan Olimpik Rio 2016 - Pencapaian Terbaik Atlet Malaysia (4 Perak 1 Gangsa)



Assalamualaikum w.b.r,


Selamat pulang kepada semua perwira Negara yang telah selamat tiba di KLIA pada petang 24 Ogos yang lalu. Aku pun tumpang gembira dan ingin merakamkan peristiwa bersejarah ini dalam blog aku jugak. Olimpik kali ini kita telah berjaya bawa pulang 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Satu pencapaian terbaik kutipan pingat terbanyak sepanjang penyertaan Malaysia dalam sukan Olimpik sehingga kini.






Berikut aku senaraikan keputusan bagi acara yang Atlet kita telah berjaya meraih pingat:


1. 10m platform terjun seirama (Pingat Perak)
    Emas   -  China (354 mata)
    Perak  -  Pandalela Rinong / Cheong Jun Hoong (344 mata)
    Gangsa-  Kanada (336.18 mata)




2. Badminton Beregu Campuran (Pingat Perak)
    Final (17/08/2016) - Chan Peng Soon / Goh Liu Ying (MAS)  14   12
                                      Tontowi Ahmad / Liliyana Natsir (INDO)   21   21


3. Basikal Keirin Lelaki (Pingat Gangsa) - 17/08/2016
    Emas   -  Jason Kenny (Great Britain)
    Perak   -  Matthijs Buchli (Netherlands)
    Gangsa-  Azizulhasni Awang (MAS)


4. Badminton Beregu Lelaki (Pingat Perak)
    Final (19/08/2016) - Goh V Shem / Tan Wee Kiong (MAS)  21   11   21
                                      Fu Haifeng / Zhang Nan (CHI)              16   21   23


5. Badminton Perseorangan Lelaki (Pingat Perak)
    Semi-Final (19/08/2016) - Dato' Lee Chong Wei (MAS)  15   21   22
                                               Lin Dan (CHI)                          21   11   20


    Final (20/08/2016) - Dato' Lee Chong Wei (MAS)  18   18
                                     Chen Long (CHI)                     21   21




Daripada semua keputusan yang peroleh pingat, aku tertarik dengan perlawanan Badminton Perseorangan Lelaki Semi-Final yang mempertemukan di antara 2 lagenda. Pertandingan yang aku boleh anggap "best of the best". Pertemuan ini juga mungkin yang terakhir bagi mereka di arena Olimpik.


Syabas dan setinggi penghargaan kepada semua atlet Malaysia yang bertanding di Olimpik Rio 2016. Untuk mencapai kejayaan ke peringkat ini, mereka telah banyak berkorban jiwa & raga. Semoga ianya menjadi motivasi kepada rakyat Malaysia. Kamulah idola kami, bangsa Malaysia!!!




Untuk itu, aku belanja satu gambar bakal atlet pelapis yang kini sedang giat berlatih di bawah kumpulan Simply Gold sempena pertandingan #AllianzCrazyGames2016 yang akan berlangsung pada 03/09/2016 akan datang. Doakan kami peroleh kesihatan baik dan kejayaan di pertandingan ini.


Akhir kalam, Majulah Sukan Untuk Negara, Bangsa Malaysia!!!



No comments:

Post a Comment