Monday 29 August 2016

Sukan Olimpik Rio 2016 - Pencapaian Terbaik Atlet Malaysia (4 Perak 1 Gangsa)



Assalamualaikum w.b.r,


Selamat pulang kepada semua perwira Negara yang telah selamat tiba di KLIA pada petang 24 Ogos yang lalu. Aku pun tumpang gembira dan ingin merakamkan peristiwa bersejarah ini dalam blog aku jugak. Olimpik kali ini kita telah berjaya bawa pulang 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Satu pencapaian terbaik kutipan pingat terbanyak sepanjang penyertaan Malaysia dalam sukan Olimpik sehingga kini.






Berikut aku senaraikan keputusan bagi acara yang Atlet kita telah berjaya meraih pingat:


1. 10m platform terjun seirama (Pingat Perak)
    Emas   -  China (354 mata)
    Perak  -  Pandalela Rinong / Cheong Jun Hoong (344 mata)
    Gangsa-  Kanada (336.18 mata)




2. Badminton Beregu Campuran (Pingat Perak)
    Final (17/08/2016) - Chan Peng Soon / Goh Liu Ying (MAS)  14   12
                                      Tontowi Ahmad / Liliyana Natsir (INDO)   21   21


3. Basikal Keirin Lelaki (Pingat Gangsa) - 17/08/2016
    Emas   -  Jason Kenny (Great Britain)
    Perak   -  Matthijs Buchli (Netherlands)
    Gangsa-  Azizulhasni Awang (MAS)


4. Badminton Beregu Lelaki (Pingat Perak)
    Final (19/08/2016) - Goh V Shem / Tan Wee Kiong (MAS)  21   11   21
                                      Fu Haifeng / Zhang Nan (CHI)              16   21   23


5. Badminton Perseorangan Lelaki (Pingat Perak)
    Semi-Final (19/08/2016) - Dato' Lee Chong Wei (MAS)  15   21   22
                                               Lin Dan (CHI)                          21   11   20


    Final (20/08/2016) - Dato' Lee Chong Wei (MAS)  18   18
                                     Chen Long (CHI)                     21   21




Daripada semua keputusan yang peroleh pingat, aku tertarik dengan perlawanan Badminton Perseorangan Lelaki Semi-Final yang mempertemukan di antara 2 lagenda. Pertandingan yang aku boleh anggap "best of the best". Pertemuan ini juga mungkin yang terakhir bagi mereka di arena Olimpik.


Syabas dan setinggi penghargaan kepada semua atlet Malaysia yang bertanding di Olimpik Rio 2016. Untuk mencapai kejayaan ke peringkat ini, mereka telah banyak berkorban jiwa & raga. Semoga ianya menjadi motivasi kepada rakyat Malaysia. Kamulah idola kami, bangsa Malaysia!!!




Untuk itu, aku belanja satu gambar bakal atlet pelapis yang kini sedang giat berlatih di bawah kumpulan Simply Gold sempena pertandingan #AllianzCrazyGames2016 yang akan berlangsung pada 03/09/2016 akan datang. Doakan kami peroleh kesihatan baik dan kejayaan di pertandingan ini.


Akhir kalam, Majulah Sukan Untuk Negara, Bangsa Malaysia!!!



Monday 1 August 2016

Tayar Motor

Assalamualaikum w.b.r


Hari nie aku nak berkongsi pengalaman bab tayar motor kapcai nie. sejak setahun lebih aku kembali aktif guna motor kapcai nie, semalam (01/08/2016) kali pertama tayar motor aku bocor kena skru. Nasib kurang baik kena time aku nak pi kerja. Sementara nak tunggu bengkel buka pukul 8:00 am lebih, jenuh laaa jugak menunggu dan terpaksa masuk opis lewat dr besa.


Nie nak habaq, masa dok mencari bengkel tue aku main belasah ja naik motor tue sampai jumpa bengkel. Motor aku guna tayar tubeless. Jadi kos yang aku kena tanggung pagi tue adalah seperti berikut:
      • tampal tayar          RM  8.00
      • tukar kepala tiub   RM12.00
      • JUMLAH            RM20.00
Aku ingatkan dah settle laaa masalah tayar motor, tup tup masa nak balik kerja aku tengok tayar motor aku yang baru tampal tue dah jadi bengkak merata tempat. Aduih, nyesal pulak aku bila pikirkan tak tukar tayar awal pagi tadi. Jadi, aku pon pi cari bengkel berdekatan opis aku untuk tukar tayar baru pulak. Nie pulak kos aku tukar tayar motor baru:


      • Tayar belakang jenama Cheetah (tubeless)     RM85.00
Jadi, kos aku abis untuk satu hari pasai tayar bocor adalah RM105.00. Aku blanja gambaq tayar motor aku yang dah bengkak akibat aku malas nak tolak motor masa cari bengkel.





Akhir kalam, inilah kos yang kita terpaksa tanggung seandainya kita bersikap sedemikian. huhuhu..... sekian.